Saturday, 3 June 2023

Editing in Progress

 Hello Readers!

Fuh berpeluh eh cantikkan balik blog ni? habis semua skill dulu dulu dah hilang. Jenuh godek satu satu tutorial hhehe.

Ada lah 50% siap. Okay dah nak midnight! lets sleep!

Selamat Malam!

Tuesday, 23 May 2023

I am back for good?

Assalamualaikum  & Hello Everyone!

After so many years, i think the last post I ve made was on 2020, I am now back for good.
Sudah pastinya followers and following pun dah hilang ditelan zaman. Haha

Blog ini dah wujud sejak saya dipangku sekolah lagi, dalam tahun 2011 rasanya. Masa tu, blog ni sangat aktif, traffic views tinggi. Until saya makin sibuk dengan Universiti dan perlahan tinggalkan post di sini.

Luckily masih ingat email dan password. Saya cuba untuk masuk semula ke dunia yang dulu pernah saya teroka ni.

Usia pun dah 27. hehe. Nak lari dari kesibukan kerja dan dunia. 

Next post? kejap sis nak fikir.

Bye! stay safe readers! 


Saturday, 21 April 2018

Sang Pengutip Warna Cinta

   Sang Pengutip Warna Cinta
    Safiah Afiqah


Aku sang pengutip warna cinta
Yang habis hancur dari sebuah epilog khayalan
Yang berterbangan merentasi tanah kehancuran

Aku rentangi gurun-gurun perasaan
Aku belah lautan jiwa
Kemarau tetap jua tanpa airnya
Yang ada,
Cuma hujan ketabahan

Akulah sang pengutip warna cinta
Aku yang cipta pelantar derita
Yang kini habis dinoda dosa,
Yang habis dicalar dusta.

Ingin aku menjadi penyair
Yang bisa menarik pena
Menulis warkah-warkah cinta

Ingin aku menjadi pelukis,
Yang  bisa menterjemah seraut wajah,
Yang bisa mentafsir coretan jiwa.

Ya,
Aku sang pengutip warna cinta,
Yang masih berkelana merentasi kelamnya buana,
Yang masih lagi melangkah kekeheningan senja,
Yang disitu terhuni sebuah lara yang tiada hujungnya.

Tuhan!
Adakah ini satu hukuman?
Ataupun kiriman cintamu yang menjadi mahaguru memimpinku bertatih
mengenal watak watak dunia?

Ya,
Aku lah pengutip warna cinta yang abadi.
Mencari cinta dari segala cinta.

Friday, 25 August 2017

Its been awhile

Assalamualaikum ;)

fuhhh its been awhile since the last day i post an entry here and delete all the post i ve made.
Today, Friday, 25 August 2017 i am going to start all over again. 
Here, at the age of 21, i wanna start a new life. 

Dear blog, its been 6 years. i will continue write here.
Copyright © 2023 Sfieya